USANITA Perkuat Kerja sama Kreatif di Jakarta

Rabu, 03 Juli 2024 – 12:15 WIB
Delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Pro. Foto dok USANITA

jpnn.com, JAKARTA - USANITA Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan misi pentingnya di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia, serta meneroka kerja sama serantau.

Lawatan penting tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan antara ahli delegasi, termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon.

BACA JUGA: Menuju Net Zero Emission, Pegadaian Lakukan Konservasi Terumbu Karang di Sabang

Pada 28-30 Juni, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).

Pertemuan diatur bagi meneroka peluang dalam melaksanakan projek kolaboratif dan kerja sama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh USANITA.

BACA JUGA: Pertamina Patra Niaga Regional Jawa Bagian Barat Raih 2 Penghargaan Internasional Communitas Award 2024

"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” ujar Datuk Adzliana.

Datuk Adzliana menuturkan selain memberikan bantuan kebajikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli USANITA.

BACA JUGA: Jumlah Investor Kripto Indonesia Capai 20 Juta Orang, Pengguna Indodax 6,7 Juta

"Kerja sama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” kata Erma Fatima.

Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerja sama antarabangsa.

Datuk Adzliana menyebut perbincangan terperinci dengan pemimpin industri kreatif Indonesia bertujuan untuk membangunkan kandungan dan program inovatif yang mampu memikat penonton di seluruh rantau ini.

“Menerusi gabungan kekuatan kreatif rakan kongsi Indonesia dan pendekatan berasaskan misi USANITA untuk membangunkan usahawan tempatan, kerja sama ini mampu menghasilkan projek-projek menarik dengan impak sosial yang signifikan,” ucap Datuk.

Kerja sama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.

"Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan, kerja sama ini juga bertujuan untuk memanfaatkan potensi kreatif serantau yang lebih besar," imbuhnya.(chi/jpnn)


Redaktur & Reporter : Yessy Artada

Silakan baca konten menarik lainnya dari JPNN.com di Google News

Terpopuler