Ogah Minta Maaf, Zainudin Puji Habibie
Rabu, 09 Januari 2013 – 18:33 WIB
Bagaimanapun generasi baru tidak menyedari bahawa kegemparan yang sama juga pernah berlaku lebih 40 tahun lalu. Orang yang sama, Anwar, pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mencetuskan cerita penoreh mati kebuluran di Baling, Kedah sehingga membangkitkan tunjuk perasaan siswa-siswa dan juga penduduk Baling.
Saya sebagai wartawan kanan Utusan Melayu/Malaysia telah ditugaskan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu, Tan Sri Mazlan Nordin (Allahyarham) untuk menyiasat peristiwa ini dan telah menemui pelbagai pihak di Baling.
Antaranya ialah Penolong Pegawai Perubatan, Dr. Tan Ah Hock yang bertugas di Hospital Baling. Beliau menyatakan - "Di Malaysia hal ini tidak mungkin akan berlaku, orang kampung berjiran dan tahu jika jirannya kebuluran dan tidak akan membiarkannya. Untuk mati kebuluran akan mengambil masa berhari-hari..."