Ogah Minta Maaf, Zainudin Puji Habibie
Rabu, 09 Januari 2013 – 18:33 WIB
Inilah gempar yang paling menggemparkan dunia sebelum kegemparan yang menggegarkan Malaysia tentang kerajaan BN akan tumbang pada 16 September 2008.
Orang ramai boleh menjangkakan bahawa beberapa kegemparan lagi akan dicetuskan oleh "Anwar and The Gang" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau akan lebih dipercayai kerana Pas sebuah parti Islam yang akan menjadi pertahanannya dan bukan lagi dia sendiri. Kewibawaannya sekarang bergantung kepada Pas dan tidak lagi ada pada dirinya sendiri.
Bagi saya yang mengenali Anwar Ibrahim lebih dahulu daripada Dr. Mahathir tidak akan terkejut lagi dengan "gempak-gempak" baharunya.