Close Banner Apps JPNN.com
JPNN.com App
Aplikasi Berita Terbaru dan Terpopuler
Dapatkan di Play Store atau Apps Store
Download Apps JPNN.com

USANITA Perkuat Kerja sama Kreatif di Jakarta

Rabu, 03 Juli 2024 – 12:15 WIB
USANITA Perkuat Kerja sama Kreatif di Jakarta - JPNN.COM
Delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Pro. Foto dok USANITA

jpnn.com, JAKARTA - USANITA Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan misi pentingnya di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia, serta meneroka kerja sama serantau.

Lawatan penting tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan antara ahli delegasi, termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon.

Pada 28-30 Juni, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).

Pertemuan diatur bagi meneroka peluang dalam melaksanakan projek kolaboratif dan kerja sama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh USANITA.

"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” ujar Datuk Adzliana.

Datuk Adzliana menuturkan selain memberikan bantuan kebajikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli USANITA.

"Kerja sama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” kata Erma Fatima.

Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerja sama antarabangsa.

Kerja sama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.

Silakan baca konten menarik lainnya dari JPNN.com di Google News

BERITA LAINNYA
X Close